kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Monday, March 14, 2011

Lakukan dengan pantas!


Pantas! Itulah kuncinya...

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang "sebab dan kejadian". Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?

Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. "Ke garisan... sedia... MULA!" kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!





Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat "foul start" dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!

Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.

Pembunuh kejayaan adalah "membuang masa" atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Thursday, March 3, 2011

Memberi Walaupun Sedikit




Ini adalah sebuah kisah benar. Kisah benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampong dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Disamping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.

DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka berkekalan.
Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja.
Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Monday, February 21, 2011

Seminar kePOWERan 2011


Para peserta seminar bersama Pakar2 IM

Assalamualaikum...

Pada 20 February 2011 yang lalu..penulis telah attend ke satu seminar yang amat menarik iaitu seminar kePOWERan bersama 6 pakar-pakar utama dalam dunia Internet Marketing (IM) di Hotel Metro Inn, Kajang, Selangor.Seminar bermula pada jam 9 pagi dengan di hadiri hampir 200 orang peserta dan hanya dikenakan bayaran sebanyak Rm 50 sahaja.Seminar ini adalah anjuran saudara SUTHAN M yang ingin menyambut bulan kelahirannya dengan memberi seminar amal kepada para subcribernya.Seminar ini amat bermakna buat penulis utk mula kembali bertapak dalam dunia perniagaan internet yang sudah penulis abaikan sejak 2 tahun lalu kerana kekurangan wang dan memberi tumpuan kepada projek lain.Dalam keadaan sekarang,penulis berhasrat utk lebih serius dalam bidang ini dan benar2 ingin berusaha sebaiknya.Internet marketing merupakan satu cabang bisnes yang semakin berkembang di Malaysia dan dunia seiring dengan perkembangan pantas pengguna Internet yg semakin ramai dan bertambah.Dalam seminar ini, kesemua 6 pakar IM telah berkongsi pelbagai perkara dan ilmu mengikut kepakaran masing2.Pakar-Pakar IM itu ialah,

1) Gero AzruL - Pakar Facebook Marketing
2) Suthan M - Pakar International Marketing
3) Rahman Basri - Pakar Email Marketing
4) Jamaluddin - Pakar E-book
5) Gobala Krishnan - Pakar Affliate Marketing
6) Ammar Zahar - Pakar IM

Kesemua ilmu yang dikongsi itu telah membuka jalan permulaan kepada penulis untuk terus mendalaminya lagi agar akan mampu satu hari nanti berdiri sama tinggi dengan pakar-pakar ini.INSYALLAH.Kebanyakan yang menghadiri seminar ini adalah golongan yang sedang meningkat naik dalam dunia IM ini,cuma penulis saja yg masih baru dan kosong.Kesempatan ini juga penulis gunakan untuk membina network dgn mengenali beberapa peserta yang berpotensi untuk dijadikan IM BUDDY yang mampu membantu penulis membina kejayaan dalam bidang ini.Banyak yang penulis belajar dengan menghadiri seminar ini dan yang paling penting akhirnya penulis dapat bertemu dengan Ammar Zahar dimana penulis pernah membeli produknya yang berjudul 'DuitMania' yang di jual khas untuk org2 yg baru menceburi bidang IM ini.Ammar Zahar merupakan contoh pakar IM muda yang sudah berjaya hanya dalam tempoh tak sampai 5 tahun.Beliau muda setahun dari penulis tapi sudah mampu mencapai tahap kejayaan yang amat membanggakan.Harapan penulis agar dapat berjaya sepertinya nanti.Insyallah.Setiap pakar IM memberi talk masing selama satu jam dan seminar ini berakhir pada jam 7.30 malam dengan diakhiri oleh sesi soal jawab dan bergambar.Semoga penulis dapat menyertai lagi program yang bermanfaat seperti ini lagi.Wassalam.

'ANDA MEMANG POWER'

Bersama Suthan M

Bersama Ammar Zahar

Rahman Basri give its talk

Suthan M on stage

Penulis di barisan hadapan (Gero talk)


Talk by Ammar Zahar

Saturday, February 19, 2011

Seminar Kenali Potensi Diri 2011



Assalamualaikum..

Pada 30 January 2011 yang lalu bersamaan dengan hari ahad, penulis telah menghadiri satu seminar kenali potensi diri yang dianjurkan oleh Pakar Marketing terkenal iaitu Dr.Azizan Osman di Dewan San choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur.Penulis hadir bersama dua orang teman serumah iaitu Ahmad dan Nazri.Pendaftaran bermula jam 8 pagi dan seminar bermula tepat jam 9 pagi.Ribuan peserta telah hadir memenuhi segenap ruang dewan 2 tingkat tersebut termasuk ahli perniagaan terkenal,selebriti,professor,penulis buku,pelajar dan sebagainya.Seminar yang disampaikan oleh Dr. Azizan amat bernas dan membina semangat peserta yang hadir dengan pelbagai gaya yang mencuit hati dan penuh makna yang mendalam.Seminar ini turut dimeriahkan dengan penampilan beberapa personaliti terkenal yang turut berkongsi pentas seperti Billi Lim (penulis buku terkenal-Dare to Fail), Pak Habib (penulis pelbagai buku politik terkenal) dan Sharifah Shahira (pelakon,pengacara terkenal).

Pada seminar ini juga, Dr Azizan turut berkongsi ilmu baru kepada para pesertanya.Salah satunya ialah berkaitan dengan 'Dimensi Baru' dan peluang-peluang yang ada untuk para peserta menceburi bidang perniagaan.Beliau juga mendedahkan secara asas mengenai teknik mengenali potensi diri agar bidang yang ingin diceburi sesuai dengan potensi yang ada supaya peserta yang hadir mampu menjadi personaliti yang kaya dan berjaya.Seminar berhenti rehat tepat jam 12.30 tgh hari dan bersambung semula pada jam 2.00 petang.Sebelum seminar tamat, kesemua peserta telah ditawarkan untuk menyertai program mentor 'IMKK' bersama Dr. Azizan selama 3 hari 2 malam di KLCC Convention Center dengan harga serendah Rm 499.00.Penulis telah mengambil keputusan untuk menyertai seminar tersebut dengan menilai manfaatnya untuk masa hadapan penulis dalam bidang perniagaan ini di tambah pula dengan nilai yurannya yang rendah dan berpatutan untuk dibandingkan dengan ilmu yang bakal dipelajari.Penulis akan menyertainya pada 18,19 dan 20 March ini.Semoga ini akan memberi sinar harapan baru penulis untuk mencapai impian yang amat diharapkan.Insyallah.Seminar ini tamat tepat jam 6 petang dan penulis terus segera pulang untuk ke program seterusnya.Wassalam.

'PASTI KAYA dan BERJAYA'

Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum

Pada 29 dan 30 Januari yang lalu, tokoh pendakwah terkenal yang amat digemari penulis dari Terengganu telah hadir memberi ceramahnya di dua buah masjid sekitar Lembah Klang iaitu di Masjid Al-Ridhuan di Ulu Klang dan Masjid Al-Azim di Pandan Indah.Penulis telah mengambil kesempatan ini dengan menghadiri kedua-dua ceramah beliau memandangkan ia merupakan kali pertama penulis menghadiri ceramah 'live' dari beliau dimana sebelum ini hanya mendengar dari VCD dan CD sahaja.Ustaz Azhar merupakan seorang tokoh agama yang amat dekat di hati anak-anak muda.Pendekatan beliau dalam ceramahnya amat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda yang dahagakan ilmu agama.Ustaz Azhar mampu menjawab pelbagai soalan berkaitan hukum hakam dan permasalahan terkini yang diutarakan oleh jemaah yang hadir dengan merujuk nas Al-Quran dan hadis yang sahih.Beliau juga merupakan jurufoto professional.

Ceramah beliau bermula selepas maghrib dengan di hadiri oleh ribuan jemaah yang memenuhi ruang masjid seperti penuhnya solat jumaat.Ceramah beliau berakhir kira-kira 2 jam setengah selepas itu dan beliau memperuntukkan masa yang agak lama untuk menjawab pelbagai soalan yang diajukan namun tetap tidak dapat manghabiskan kesemua soalan itu.Di perkarangan masjid meriah dengan pelbagai jenis barangan jualan yang turut di jual untuk tarikan jemaah yang hadir.Selesai ceramah di Masjid Al Azim, penulis bersama teman berkesempatan bersalam dan bergambar dengan beliau dan itu sudah cukup buat penulis berasa puas dan gembira.Di akhir ceramah, penulis diberitahu yang ustaz Azhar akan akan hadir ke Lembah Klang ini setiap 2 bulan sekali ke masjid yang sama dan juga menggunakan kitab pengajian yang sama iaitu 'Anak Kunci Syurga'.Penulis berharap akan dapat berpeluang untuk bersemuka dengan beliau satu hari nanti untuk berbincang mengenai pelbagai isu semasa yang melibatkan hal ehwal agama islam.Insyallah.Wasslalam.

'ULAMA' ITU PERWARIS NABI & RASUL'

Ustaz Azhar bersama penulis

Antara ribuan jemaah yang hadir

Wednesday, February 9, 2011

'Research Workshop' by Lecturer of UnikL



Assalamualaikum..

Pada 29hb January 2011 bersamaan dengan hari sabtu,pihak tenaga akademik universiti Kuala Lumpur-IPROM telah mengadakan satu bengkel khas yang julung kali diadakan iaitu berkaitan dengan 'Research & Methodology' khas untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil 'Final Year Project' pada tahun 2011.Bengkel ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.Hampir kesemua lecturer telah hadir menjadi fasilitator dan dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut kursus masing-masing.Penulis ditempatkan bersama dengan kumpulan kursus PDE dan IDE yang diketuai oleh Miss Siti Marhainis dan Madam Norhasmawati.Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar kaedah untuk menyiapkan kertas kerja dan menjalankan kajian mengikut piawaian yang betul seperti yang ditetapkan.Ini amat penting untuk meningkatkan kualiti hasil kerja pelajar dalam menyiapkan kertas kerja berkaitan dengan projek mereka.

Bengkel ini telah menerangkan pelbagai topik yang menjadi inti-pati penting dalam kertas kerja seperti berikut :

1) Topic Alert
2) Introduction
3) Problem Statement
4) Literature Review
5) Methodology
6) Proposal Paper

Di akhir bengkel penulis bersama rakan sekumpulan telah mendapatkan tandatangan rasmi dari supervisor dan co-supervisor yang akan memantau sepanjang projek ini berjalan selama setahun ini iaitu Miss Siti Marhainis dan Miss Hana Eliza.Kami telah sepakat untuk menjalankan projek 'INTELLIGENT JEWELRY DISPLAY TABLE' dan penulis akan fokus kepada 'Design Analysis and Fabrication for Intellignet Jewelery Dispaly Table'.Program bengkel ini amat bermanfaat dan ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh lecturer yang telah menganjurkannnya.Dengan ini,bermulalah tugas penulis dalam menyiapkan projek ini yang akan berterusan selama setahun.Dengan lafaz bismillah penulis mulakan moga2 dengan izin Allah,semuanya akan berjalan lancar dan baik.Wassalam.

'WHERE KNOWLEDGE IS APPLLIED'

Monday, February 7, 2011

Program Pengajian 'Ala Pondok' di Masjid Al Azim


Masjid Al-Azim Pandan Indah

Assalamualaikum...

Pada 23 january yang lalu bersamaan dengan hari ahad, penulis bersama seorang teman yg bernama Bukhari telah menghadiri satu kelas pengajian ala pondok di Masjid Al Azim.Program ini adalah julung kali diadakan di Lembah Klang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat dengan lebih 100 orang menyertainya.Pengajian ini akan diadakan pada setiap hari ahad minggu keempat setiap bulan dan ia diadakan secara percuma ditanggung sepenuhnya oleh pihak masjid.Pengajian ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir tepat jam 1.00 petang.Pada hari pertama,Nazir telah merasmikan kelas pengajian dan amat mengalu-alukan kehadiran peserta yang ramai dan di luar jangkaan pihaknya.

Kelas pengajian disampaikan oleh seorang Tuan Guru dari pondok di Hulu Langat iaitu Tuan Guru Haji Asri.Pengajian dimulakan dengan sedikit pengenalan mengenai latarbelakang beliau,tatatertib majlis ilmu dan kaedah pengajian di pondok.Beliau juga memberi penerangan panjang lebar mengenai pelbagai kitab utama yang diajar di pondok.Beliau juga memutuskan untuk memberi syarahan berpandukan kepada dua kitab dimana kelas pengajian ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi dan sesi kedua pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang.Dua kitab itu ialah :

1) Kitab Syarahan Al-Hikam
2) Apa ertinya saya menganut islam

'Apa ertinya saya menganut islam'

'Kitab Syarah Al-Hikam'

Pengajian di mulakan dengan pelbagai tafsiran yang diulas secara penjang lebar oleh Tuan Guru berpandukan 2 kitab tersebut.Penulis bersama teman mendengar dengan penuh minat dan menulis segala apa yang diajarkan oleh Tuan Guru.Ini merupakan antara pengalaman awal penulis berguru secara rasmi untuk lebih mendalami pengajian islam.Selama ini pun penulis lebih banyak mmebaca sahaja tanpa ada guru yang dapat dijadikan tempat rujukan.Kesempatan ini telah penulis manfaatkan sebaiknya.Sesungguhnya usaha pihak masjid ini wajar dipuji dan disokong,Tahniah.Semoga ini menjadi titik mula buat generasi muda seperti penulis menimba ilmu dengan lebih baik dan bermanfaat.Kelas pengajian tamat sebelum azan zohor dan penulis pulang selepas menunaikan solat zohor secara berjemaah.Wassalam.

'GENERASI MUDA PEMANGKIN UMMAH '