kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Wednesday, October 13, 2010

IMPIANKU...


Gambaran Kompleks Ilmu Darul Ulama'

Thursday, October 7, 2010

MAJLIS KONVOKESYEN KKTM PASIR MAS ke-3 2010


Penulis menerima Diploma

Assalamualaikum...

Sudah terlalu lewat untuk penulis postkan artikel berkaitan dgn Majlis bersejarah ni.Namun bila teringatkan yang majlis ini sgt bermakna, maka penulis berasa agak wajar mengabadikannya di laman ini.Pada 14 Mac 2010 yang lalu bersamaan dgn hari ahad,telah berlangsung satu majlis konvokesyen di Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan.Penulis bersama ahli keluarga telah bertolak dari putrajaya dan tiba di pasir mas sejak hari jumaat lagi untuk bersedia pada hari raptai yg berlangsung sabtu.Penulis bersama keluarga telah menginap di sebuah homestay dekat dgn Hospital Pasir Mas selama 4 hari 3 malam.Pada majlis raptai dan konvokesyen ini penulis berpeluang bertemu semula dgn rakan2 seperjuangan dan pensyarah2 yang telah banyak berjasa.Sungguh terasa sekali apabila kembali semula ke tempat yang penuh kenangan ini,tempat yang penuh suka dan duka selama 3 tahun penulis menuntut ilmu di sini.Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang penulis perolehi sepanjang berada di sini yang pasti tidak akan di lupakan selamanya.

Majlis rasmi bermula pada pukul 8.30 pagi ahad dgn perarakan masuk para graduan dan diikuti dgn perarakan masuk para tetamu jemputan khas VIP iaitu Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan Mara serta Pegawai Khas dari Jabatan Perdana Menteri.Selain dari penganugerahan diploma,majlis turut diserikan dgn persembahan nasyid dan dikir barat.Majlis selesai sekitar jam 1 petang dgn para graduan bersama keluarga menjamu selera di dewan makan dan sesi bergambar di studio khas yang di sediakan.Selesai bergambar,para graduan kemudiannya pulang bersama kelurga masing-masing.Penulis berasa sayu melihat rakan2 pergi satu persatu,entah bila la kan bertemu lagi.SAYONARA KKTM.

Pada hari raptai, penulis bersama rakan2 sempat makan bersama2 di Restoran Bonda di Bandar Pasir Mas.Siap di taja lagi oleh rakan2 yg bekerja..hehe..tima kasih byk2..apa2 pun, penulis bersama keluarga mengambil kesempatan utk berjalan2 di sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas, Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh.Sempat juga la membeli belah pelbagai barang untuk di bawa pulang.Pada pagi isnin, penulis sekeluarga telah bertolak pulang ke putrajaya dgn hati yang sayu bercampur gembira.Sekian.

'BERILMU, BERTEKNOLOGI, BERINOVASI'


Diploma Teknologi Mekanikal Rekabentuk
Rakan-rakan seperjuangan selama 3 tahun

Bergambar bersama ahli keluarga