kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Tuesday, January 25, 2011

Semester 6 Class Begins...2011



Assalammualaikum...

10 January 2011 bersamaan dengan hari isnin yg lalu bermulalah minggu pertama penulis untuk sesi pengajian semester 6 di Universiti Kuala Lumpur.Semester ini di lihat bakal menyaksikan penulis bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tugasan baru yg lebih menguji diri.Semester ini merupakan tahun akhir penulis di sini dan bakal memulakan projek yg paling berat iaitu 'FINAL YEAR PROJECT'.Projek ini bakal menuntut penulis untuk lebih serius dan disiplin kerana ia amat penting dalam menentukan prestasi penulis di sepanjang pengajian selama ini.Kegagalan menyempurnakan projek ini dengan baik bakal memberi kesan dan impak yg agak besar kepada keputusan serta prestasi penulis keseluruhannya.Penulis berharap dan berdoa agar dapat melakukan semuanya dengan terbaik dan Insyallah,semoga rezeki Allah sentiasa memihak pada penulis.

Penulis masih belum memutuskan untuk memilih tajuk yang terbaik, ada beberapa pilihan tajuk namun masih belum ada yg betul-betul dapat dipastikan.Penulis telah bersama dgn AMAT dan NAD sebagai satu teamwork untuk menjalankan projek ini.Sehingga saat kini,penulis masih lagi 'Going on Research' dan benar-benar berharap akan dapat merealisasikan projek yg benar-benar baik dan bermanfaat.INSYALLAH.Semester ini juga menyaksikan tidak banyak subjek berat yg perlu penulis ambil dan dengan jadual kelas yang kemas memudahkan penulis untuk mengatur pelbagai aktiviti hidup penulis dengan baik.Subjek yang perlu penulis ambil pada semester ini ialah :

1) ENGINEER'S in SOCIETY
2) ADVANCED PRODUCT DESIGN
3) PROJECT MANAGEMENT
4) PRODUCT MODEL MAKING
5) FINAL YEAR PROJECT 1 (Proposal)
6) FINITE ELEMENT ANALYSIS

Dengan izin Allah, penulis akan berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi semester ini.Bukan sahaja untuk mengekalkan 3 pointer, namun untuk meningkatkan lagi pointer sedia ada bagi memastikan kedudukan yang lebih baik dan kukuh.WASSALAM.

'MENUJU KECEMERLANGAN DISIPLIN & ILMU'