kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Saturday, January 30, 2010

SSM-UniKL Outreach Programme at UniKL City Campus



Assalamualaikum....

Suka dimaklumkan disini pada 27hb hingga 29hb January 2010 telah dianjurkan satu program oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur iaitu 'SSM OUTREACH PROGRAMMED' dan Majlis Perasmian tagline baru SSM iaitu'PERNIAGAAN ANDA BERMULA DI SSM'.Program ini diadakan di UnikL City Campus selama 3 hari.Terdapat banyak booth yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan dengan perniagaan seperti TEKUN,BANK RAKYAT,PNS,KPDNKK,dan sebagainya disamping terdapat pelbagai booth aneka jualan yang disertai oleh pelbagai wakil IPT berhampiran seperti UIA,UiTM,Usim,MSU,UniKL dan lain-lain.Program ini dirasmikan oleh CEO SSM sendiri bersama Chairman UniKL dan dihostkan oleh 2 personaliti TV3 iaitu Maria Tunku Sabri dan Azizah Ariffin.

Sepanjang program ini berlansung telah diadakan pelbagai pertandingan yang disertai oleh pelbagai IPT berhampiran termasuk UniKL sendiri.Penulis bersama teman2 telah mewakili uniKL kampus IPROM menyertai dua pertandingan iaitu 'Pertandingan Usahawan Niaga' dan 'Sketsa Perniagaan'.Terdapat lebih dari tujuh penyertaan bagi setiap pertandingan dan untuk pertandingan Usahawan Niaga,penulis bersama 5 anggota Shanz Global ENT dikhendaki menjual produk yg disediakan dan menjualnya sebanyak mungkin bermula dari 10 pagi hingga 4 ptg.Kami akhirnya berjaya mengutip hasil jualan tertinggi dengan jumlah jualan sebanyak Rm 1250 sekaligus muncul sebagai johan pertandingan.Syukran.Bagi sketsa perniagaan pula,penulis bersama 4 teman telah mempersembahkan sebuah sketsa komedi yang bertajuk 'Mad Sood dan SSM'.Sketsa perlu megikut tema yang di beri iaitu 'Perniagaaan anda bermula di SSM' dan kami telah mendapat respons yg baik dari pihak juri dan berjaya mendapat naib johan dengan markah sebanyak 294 mata.Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Penutup program ini dimana untuk Johan Usahawan Niaga kami mendapat Rm1000 diringi piala dan sijil dan untuk Naib Johan Sketsa Perniagaan kami mendapat Rm700 beserta piala dan sijil.Pada majlis ini,Menteri turut meluluskan geran berjumlah Rm 30,000 untuk KOSISWA UniKL.Tahniah.Majlis diakhiri dengan jamuan Makan Tengahari dan sesi bergambar.Berikut adalah keputusan penuh pertandingan yang berlansung sepanjang 3 hari ini :

Entrepreneurship Competition:
1. IPROM, UniKL City Campus
2. UniKL MSI
3. UniKL MIAT

Catur Bestari Competition:
1. UniKL City Campus 1
2. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)

‘Sketsa’ Competition:
1. MIIT, UniKL City Campus
2. IPROM, UniKL City Campus
3. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Most Creative Booth Competition:
1. UniKL
2. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
3. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya menarik lebih 6000 orang pengunjung yang ingin mendaftar dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan perniagaan,pendaftaran dan pinjaman.Penulis berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi selepas ini kerana ia amat bermanfaat untuk diadakan untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan baru mendapatkan maklumat bagi memajukan perniagaan mereka serta mendedahkan siswazah kepada bidang keusahawanan yang amat wajar dijadikan kerjaya pilihan.Sekian.Wassalam.

'PERNIAGAAN ANDA BERMULA DI SSM'


Penulis bersama piala yang dimenangi..

Wakil IPROM yang bersemangat..heh

Ahmad,Naye,Aisya,Hadi dan Penulis

Penulis bersama personaliti TV3..Azizah dan Maria

Sempat lagi bergambar..hehe

Tagline SSM di Majis Pelancaran

Datuk Ismail Sabri melancarkan Tagline SSM

Bergambar di hadapan UniKL City Campus

Thursday, January 28, 2010

Majlis Pelancaran 6 Produk Baru HPA


Assalamualaikum...

Pada 25hb Januari 2010 bersamaan dengan hari isnin telah berlansung satu majlis pelancaran 6 produk baru keluaran HPA pada jam 9.00 malam di Hotel De Palma,Ampang.Pada majlis ini telah dilancarkan 6 produk baru HPA iaitu :

1) PENAPIS AIR DEW
2) DEW SHOWER FILTER

3) RADIX SAHARA

4) PALM HONEY

5) KRISTAL MINERAL WATER

6) MOMENTS


Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA sendiri iaitu Tuan Haji Ismail dimana beliau sendiri yang menerangkan kebaikan dan spesifikasi setiap produk baru yang dilancarkan.Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengurus Besar Al Wahida Marketing iaitu En Mohd Faisol Abdul Rahman.Kemudian,majlis diteruskan dengan persembahan dari kumpulan Raihan yang mempersembahkan 7 buah lagu popular mereka yang cukup menghiburkan.Seterusnya,Pelancaran disempurnakan dan Pengarah Urusan menyampaikan siri Briefing berkaitan dengan produk dan kuliah kesihatan.Majlis diakhiri dengan para jemputan melihat dan membeli produk2 yg baru dilancarkan.Penulis bersama sahabat turut mencuba dan membeli beberapa produk yang mampu dibeli.Sekian.Wassalam.

'PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA'




Wednesday, January 27, 2010

Taklimat Pasar Tani Siswazah (FAMA)





Assalamualaikum...

Pada 23hb January 2010 bersamaan dengan hari sabtu aritu telah berlansung satu taklimat khas oleh pihak FAMA untuk peserta Pasar Tani Siswazah yang akan dilancarkan pada ahad depan,31hb January.Penulis sebagai salah seorang peserta telah menghadiri kursus berkenaan yang diadakan di Level 29,UnikL city campus pada jam 9.00 pagi.Seramai kira-kira 50 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada para mahasiswa IPT terdekat seperti UIA,UiTM,UTM dan pelajar uniKL sendiri.Penulis bersama Hadi telah mewakili kampus IPROM.Taklimat dimulakan oleh pegawai khas Fama yang menerangkan pelbagai info berkaitan dengan pasar tani siswazah tersebut.Ia diteruskan dengan taklimat khas dari Pegawai Pentadbiran DBKL yang menerangkan berkaitan undang2 khas untuk penjaja kecil bagi Wilayah Persekutuan KL.

Taklimat turut disampaikan oleh Ketua Pegawai Naziran Pasar Tani yang menerangkan mengenai hal ehwal disiplin dan sistem merit bagi peniaga pasar tani.Taklimat akhir menerangkan mengenai tatacara,kelengkapan dan pakaian yang perlu dipakai peserta.Akhir sekali,penyerahan dan tempahan pakaian serta kelengkapan dilakukan oleh pegawai terbabit dan para peserta dijamu dengan makan tengahari yang disediakan oleh pihak bankuet.
Venue acara Majlis Pelancaran Pasar Tani Siswazah yang pertama adalah seperti berikut:

Tempat : Taman Bullion,Sentul
Tarikh : 31hb January 2010 (perniagaan pada setiap hari ahad)
Time : 0800 am hingga 1200 pm

Majlis akan dirasmikan oleh Menteri Industri Asas tani iaitu Dato' Noh Omar.Wassalam.

'PERTANIAN ITU PERNIAGAAN'

Monday, January 18, 2010

SEMESTER 4 CLASS BEGINS_UNIKL IPROM..11 JANUARY 2010

Assalammualaikum....

11 January 2010 ini merupakan tarikh mula sesi pembelajaran bagi semester 4 penulis di Institut Of Product Design & Manufacturing_Universiti Kuala Lumpur.Sesi ini agak mencabar kerana penulis akan mengambil beberapa subjek yang boleh dianggap mencabar dan memerlukan perhatian dan kesungguhan yang lebih.Penulis harus lebih konsisten dalam menguruskan masa untuk semester ini kerna agak banyak komitmen yang ingin penulis laksanakan dalam tempoh 2010 ni.Harap penulis dapat melaksanakan segalanya dengan penuh tenang dan baik serta berjaya dengan izinNya..Insyallah.

Pada semester ini,penulis akan mengambil 6 subjek iaitu :

1) PROFFESSIONAL COMMUNICATION 1
2) ENGINEERING MECHANICS_DYNAMICS
3) STRENGTH OF MATERIAL
4) MECHATRONICS
5) APPLIED STATISTICS
6) MANDARIN 2

Jadual penulis pada semester ini juga agak baik dan tidak terlalu padat mahupun terlalu senggang.Pensyarah2 juga amat berdedikasi dan penuh dengan 'talented'.Penulis juga menetapkan matlamat untuk tersenarai dalam 'Deanlist' pada semester ini..Insyallah.Penulis juga berusaha untuk memperbaiki diri dengan kesilapan dan kelemahan lalu dengan bermuhassabah diri.Penulis akan juga terus berusaha berpegang kepada prinsip 'BERUSAHA,BERDOA & BERTAWAKAL' dalam mengharungi perjuangan ini.Wassalam.

'WHERE KNOWLEDGE IS APPLIED'

Saturday, January 16, 2010

XpLoRasi Maal Hijrah (1 Muharram 1431 H)


Selamat Hari Lahir Yang ke-23 keRoL!!!


Assalamualaikum...

Sekadar ingin berkongsi..pada 18 Disember 2009 aritu merupakan satu tarikh yang amat istimewa buat diri penulis...pada tarikh itu maka genaplah usia penulis menjadi 23 tahun...suatu umur baru yg perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Pada hari itu juga merupakan sambutan Tahun Baru Hijrah yang ke 1431/Maal Hijrah,iaitu 1 Muharram 1431.Tarikh itu juga jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.Kecantikan susunan hari-hari bermakna itu memaksa penulis memikirkan sesuatu mengenai erti Hijrah dan hakikat kehidupan yang harus dilalui selepas ini.Penulis memilih untuk bermuhassabah diri mengenai sikap penulis pada masa lalu dan berusaha untuk melaksanakan misi dan visi yang lebih cemerlang selepas ini.Bagi penulis,adalah amat wajar penulis benar2 berubah dan melaksanakan segalanya.Hasilnya,penulis telah buat keputusan untuk mula benar2 menjadi diri sendiri.Insyallah.Selamat datang Tahun 1431H dan Tahun 2010 Masehi dan selamat Ulangtahun yang k-23,Mohd Khairul Zhafran Bin Abdul Wahid,sebaik2 kejayaan dari anak hamba Allah yang satu.Amin.

Pada pagi jumaat itu,penulis bersama keluarga telah pulang melawat sedara sebelah ayah di Segamat,Johor.Kami berada disana selama 4 hari 3 malam dan pada malam pertama disana.Mak Long telah menyambut hari jadi saya di KFC..hehe..Terima kasih Mak Long.Selain itu,hadiah istimewa dari Pak Ngah juga amat bermakna..moga2 kalian semua dimurahkan rezeki hendaknya.Amin.Sepanjang berada disana,sangat seronok dapat melayan karenah anak buah kesayangan,Julia Fatihah,1 tahun setengah...teletahnya mmg melucukan..hehe...Pada pagi isnin,penulis sekeluarga telah bertolak pulang semula ke putrajaya.Bermalam semalam di rumah dan pada pagi selasa,kami sekeluarga telah meneruskan perjalanan ke utara untuk menziarahi keluarga sebelah ibu pula di Alor Star,Kedah.

Ketika perjalanan itu,kami telah singgah di Bandar Lagenda,Sungai Petani yang juga mendapat jolokan sebagai Bandar HPA kerana disini terdapat pelbagai jenis kedai dan perniagaan HPA Group Companies yang amat membanggakan,antaranya 'Radix Oriental Cuisine','Radix Fried Chicken','Radix Original Recipie','El Zahraa Inn'.'Radix Bakery House','Toharrah HPA Dobi','Islamic Bookstore' dan lain-lain lagi.Tahniah HPA.We are proud of you.Kira-kira hampir maghrib barula kami tiba di kampung di Padang Hang,berhampiran Gunung Keriang.Kami berada disana selama 5 hari 4 malam dan menikmati hari2 yang tenang dan bermakna.Sempat juga sepanjang disana melawat sedara mara di merata tempat dan sggh makan di Restoran Radix Fried Chicken cawangan Alor Star..mmg best..huhu.Ibu dan Tok juga banyak menghidangkan masakan2 yang enak sehingga menjadi cukup berselera skali..heh..

Akhirnya,pada pagi sabtu..kami telah bertolak pulang ke Putrajaya..sempat juga penulis mendaftar diri sebagai ahli HPA di bawah seliaan mak cik sedara..heh....menyertai HPA juga akan dapat merealisasikan azam penulis untuk menjalani hidup yg lebih sihat dan mencuba mempelajari bidang perniagaan..moga2 Allah memberi petunjuknya dan murahkan rezekiku tahun ini..AMIN.Di perjalanan,sempat kami singgah di Bandaraya Geogetown,Penang untuk membeli barang..seronok juga menikmati keindahan pulau mutiara ini walaupun bandarnya agak sempit dan sesak.Selepas itu,kami singgah makan tengahari pula di sebuah Restoran Nasi Ayam di Bandaraya Ipoh atas jemputan seorang rakan penulis ketika belajar di Kelantan dahulu.Hope we will see again k...hehe....Pada lewat petang baru kami tiba di rumah dan penulis harus berehat dengan cukup kerana keesokannya akan ke Port Dickson pula untuk menghadiri perhimpunan Kepimpinan Keusahawanan Pelajar IPT ke-2 selama 4 hari 3 malam..hehe..nice journey...Wassalam.

'KUASA HIJRAH KUASA MERUBAH'

Thursday, January 14, 2010

PERHIMPUNAN PEMIMPIN KEUSAHAWANAN PELAJAR IPT KE-2

Perhimpunan Perhimpunan Keusahawanan Pelajar

Assalamualaikum......

Pada 27hb disember hingga 30 disember 2009 telah berlangsung satu perhimpunan yang menghimpunkan pemimpin2 keusahawanan pelajar dari seluruh IPT di Malaysia.Program ini merupakan yang kali ke-2 diadakan dan disertai oleh 21 IPT seluruh Malaysia.Ia dianjurkan oleh Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (M@KMUM) dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan Universiti Kuala Lumpur sebagai Host/Tuan Rumah.Seramai hampir 300 ratus wakil pelajar telah hadir pada program yang diadakan di Tiara Beach Resort,Port Dickson ini.Penulis bersama wakil2 Universiti Kuala Lumpur seramai 25 orang dari pelbagai kampus.Kebanyakan mereka merupakan peserta yang menyertai Kem U best sebelum ni.

Penulis bertolak ke Port Dickson bersama rakan sekumpulan SHANZ GLOBAL pada pagi ahad dengan kenderaan Hadi dan tiba di PD dalam kul 2 ptg.Selepas check in bilik dimana setiap bilik ditempatkan seramai 6 orang,kami memulakan pelbagai program yang kebanyakannya diadakan di Tiara ballroom.Sebagai Host,kami dikhendaki membuat persembahan pada malam makan malam perasmian oleh Dato' Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.Kami telah membuat persembahan koir sebanyak tiga lagu pada malam itu.Pada majlis makan malam itu juga telah diadakan sesi soal jawab dengan mahasiswa dengan Timb.menteri yang berkaitan dengan keusahawanan pelajar.

Penulis bersantai sementera tunggu check in

On the road To PD

SHANZ GLOBAL bersama Dato' Saifuddin

Berbincang mengenai persembahan

Program ini juga mengadakan pelbagai bengkel yang menjemput pelbagai usahawan dari pelbagai latarbelakang untuk memberi pendedahan kepada pelajar.Kehadiran tokoh-tokoh usahawan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu juga amat bermakna dan menarik.Perhimpunan ini turut mengadakan bengkel untuk membentuk resolusi2 yang dibentang oleh setiap Universiti untuk dihantar kepada Menteri Pengajian Tinggi bagi menyokong kemajuan pembangunan keusahawanan di kalangan pelajar di kampus.
Program bengkel turut membawa pelajar melontarkan idea-idea kreatif mereka untuk menjadikan perniagaan yang diceburi kelihatan lebih menarik dan berhasil.

Program ini turut menempatkan ruang2 niaga di kawasan resort untuk pelajar memperkenalkan perniagaan mereka selain dari masing2 berusaha menambahkan jaringan perniagaan yang mampu membawa kerjasama yang baik.Pihak penulis juga berkesempatan mengambil contact no bagi membina dan mengenali jaringan sesama mahasiswa.Kebanyakan pelajar disini sudah memiliki perniagaan masing2 dan ada antara mereka yang mampu mendapat pendapatan mencecah 5 angka.Sesuatu yang amat menarik untuk dikongsikan bersama.Program ini berakhir pada ptg khamis dengan jamuan makan disediakan oleh pihak Rasamas dan KFC yang juga bertindak sebagai penaja program ini.Tahniah kepada pihak penganjur dan OC Unikl yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan program ini yang sememangnya menarik dan bermanfaat.Kite jumpa lagi di Perhimpunan yang ke-3 nanti...Insyallah.Sebelum pulang,penulis dengan beberapa rakan telah sempat singgah di tepi pantai Port Dickson untuk membeli sedikit cenderamata dan menikmati suasana matahari terbenam.Wassalam.

'KEUSAHAWANAN MENJANA EKONOMI UMMAH'

Menanti saat bengkel bermula

Sesi soal Jawab dengan Timb.Menteri

Bersama pelajar dari Universiti Malaya

Bersama Pelajar dari UTM

Bersama Pelajar dari Universiti Darul Iman

Wednesday, January 13, 2010

KEM X-PLORASI REMAJA ISLAM Al-Furqan

Kem Xplorasi Remaja Islam

Assalamualaikum...

Pada 4hb Disember hingga 6hb Disember 2009 telah dianjurkan satu program oleh Surau Al-Furqan Presint 11 Putrajaya untuk mengisi masa cuti sekolah anak2 kariah Presint 11.Program 'Kem Xplorasi Remaja Islam' ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Resort Taman Rimba Ria,Sungai Congkak,Hulu langat.Program ini disertai seramai 80 orang yang terdiri daripada Remaja lelaki dan perempuan berumur antara 8 hingga 16 tahun dengan bayaran sebanyak Rm 20 seorang.Urusetia terdiri daripada anak2 kariah yang dilantik dengan kerjsama penuh AJK Surau Al Furqan.

Penulis telah dilantik sebagai sebagai salah seorang urusetia yang bertanggungjawab ke atas peserta lelaki dimana penulis dikhendaki membantu menjaga kira-kira 45 orang peserta lelaki sepanjang kem ini berlangsung.Rombongan peserta bertolak dari surau selepas solat jumaat dengan dua biji bas dan perjalanan mengambil masa selama sejam setengah utk tiba dilokasi.
Para peserta ditempatkan di sebuah dorm yg luas dan urusetia di bilik2 khas yg lain.

Selain dari Program ini,terdapat dua lagi program yang turut diadakan di tapak resort yg sama iaitu ,'Program perkhemahan Tahfiz Al-Quran' dan 'Perkhemahan Program PROSTAR'.Program dimulakan dengan ceramah dari Al Ustaz jemputan khas yg memberikan ceramah motivasinya yang banyak menekankan soal kasih sayang dan cinta sesama insan.Selain itu,para peserta juga didedahkan dengan bengkel yang menyentuh soal ibadat dan fardhu ain seperti solat,puasa,zakat, dan lain-lain.

Para peserta juga digerak untuk mengadakan Qiyammulail dan mendengar kuliah subuh.Pada sebelah pagi,Rombongan peserta dibawa oleh seorang renjer bertauliah merentas hutan sejauh 17 km menuju ke Puncak Air Terjun,Satu perjalanan yg agak mencabar bagi bdk2 itu,namun,setiba di tempat air terjun,penat pun hilang dengan kepuasan menikmati alam ciptaan Allah s.w.t.Turun dari puncak tersebut,di pertengahan jalan,para peserta dibekalkan 6 ekor ayam untuk diajar teknik menyembelih dan kemudiannya memasak ayam tersebut menggunakan buluh di hutan.Sesuatu yang sangat menarik untuk dipelajari.Berhampiran tempat kami menyembelih itu terdapat juga kem askar komando yang sedang menjalankan latihan khas.


Penulis di Puncak Air Terjun

Masakan ayam tadi diserta dengan nasi telah dijadikan hidangan tengahari yang enak kepada para peserta yang kelaparan dan kepenatan.Kelihatan sungguh berselera sekali sehingga lauknya habis licin.Nikmat sungguh apabila dapat makan dalam keadaan yang sebegini.Syukur Ya Allah.Pada sebelah malam,pihak urusetia bertungkus lumus menyiapkan BBQ untuk dinikmati semua.Pada waktu ini,kebanyakan peserta hanya melakukan aktiviti sendiri dan menikmati suasana malam yg sejuk dan aman di Hutan Lipur ini.

Keesokan paginya,sebelum bertolak pulang,seorang penceramah jemputan yang buta telah membentangkan ceramah khasnya yang sungguh menginsafkan dan bermotivasi.Moga-moga para peserta benar-benar dapat mengambil manfaat darinya.AMIN.Sesi ditutup dengan penyampaian sijil oleh Tuan Pengerusi Surau Al-Furqan.Para peserta bertolak pulang selepas solat zohor dan tiba sebelum asar di Surau,Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yg telah berjaya mengadakan satu program yg cukup bermanfaat dan santai untuk para remaja.Penulis berharap agar para peserta benar-benar mendapat manfaat yang cukup bermakna dari program ini.

'REMAJA ISLAM PEMANGKIN UMMAH'
Bersukaria sebelum pulang

Bermandi manda di sungai congkak

Ceramah disampaikan penceramah khas

Peserta sedang khusyuk mendengar ceramah

Nikmati keindahan alam

Para peserta menghilangkan lelah
di puncak

Perjalanan yang agak mencabar

Solat sunat Dhuha di tengah hutan

Sujud

Solat di tengah alam yang indah

KEM USAHAWAN BESTARI ke-2 Universiti Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Pada 16bh hingga 23hb November 2009 yg lalu,ak telah mengikuti satu program selama 8 hari iaitu 'KEM USAHAWAN BESTARI' atau lebih dikenali sebagai Kem U Best.Program ini telah diadakan di City Campus UnikL di Jalan Sultan Ismail,KL.Seramai 250 orang peserta dari 10 kampus Unikl telah menyertai kem ini yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Kuala Lumpur.Ak bersama 5 org teman yg lain merupakan wakil bagi kampus IPROM,kami menubuhkan groupwork yg akhirnya didaftarkan sebagai SHANZ GLOBAL ENTERPRISE.

Sepanjang program ini berlansung,para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yg bertujuan untuk membudayakan semangat keusahawanan dan membina kreativiti samada secara teori mahupun praktikal.Pelbagai penceramah dari bermacam latarbelakang dijemput utk berkongsi pengalaman dan ilmu.Turut diadakan pelbagai bengkel untuk diterjemahkan secara teori apa itu konsep usahawan dan dunia perniagaan yang sebenar.Para peserta juga diminta berniaga selama 3 hari mengikut kumpulan masing2 menggunakan pelbagai produk yg diberikan sebagai modal.

Kehadiran Tokoh terkenal,Tan Sri Ali Hashim yang merupakan Pengerusi Johor Corporation amat bermakna apabila beliau sendiri menyampaikan ceramah bertajuk 'Bisnes Jihad'.Program ini juga turut mengadakan slot yg mengemukakan pelbagai jenis peluang perniagaan yang dapat dijalankan atau dimulakan oleh siswa dan siswi.Program dan aktiviti kem ini amat bermakna dan sekalung tahniah diucapkan kepada pihak yang menganjurkannya.Tahniah juga kepada Groupwork saya iaitu 'SHANZ GLOBAL',kerna berjaya mendapat dua anugerah iaitu 'Hasil Keuntungan Tertinggi' dan 'CEO terbaik'.Wassalam

'KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN'


Gambar ak dan Nazri bersama dgn Tan Sri Ali Hashim,Chairman Of JCorp


SHANZ LAMP PRODUCT

Me,Myself & I

Discussion by Teamwork

Hady dengan maskot kitorang..huhu

Booth kitorang kat Downtown Danau Kota

Shanz Global Teamwork

Shanz Profile & Logo

Thursday, January 7, 2010

PERMULAAN YANG PENTING UNTUK SEBUAH IMPIAN



Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat Illahi...keRoL_IsLaM.blogspot akhirnya berjaya di realisasikan untuk menjadi satu permulaan dan perintis untuk sebuah impian Hamba Allah yang kerdil...Insyallah.