kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Saturday, January 16, 2010

XpLoRasi Maal Hijrah (1 Muharram 1431 H)


Selamat Hari Lahir Yang ke-23 keRoL!!!


Assalamualaikum...

Sekadar ingin berkongsi..pada 18 Disember 2009 aritu merupakan satu tarikh yang amat istimewa buat diri penulis...pada tarikh itu maka genaplah usia penulis menjadi 23 tahun...suatu umur baru yg perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Pada hari itu juga merupakan sambutan Tahun Baru Hijrah yang ke 1431/Maal Hijrah,iaitu 1 Muharram 1431.Tarikh itu juga jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.Kecantikan susunan hari-hari bermakna itu memaksa penulis memikirkan sesuatu mengenai erti Hijrah dan hakikat kehidupan yang harus dilalui selepas ini.Penulis memilih untuk bermuhassabah diri mengenai sikap penulis pada masa lalu dan berusaha untuk melaksanakan misi dan visi yang lebih cemerlang selepas ini.Bagi penulis,adalah amat wajar penulis benar2 berubah dan melaksanakan segalanya.Hasilnya,penulis telah buat keputusan untuk mula benar2 menjadi diri sendiri.Insyallah.Selamat datang Tahun 1431H dan Tahun 2010 Masehi dan selamat Ulangtahun yang k-23,Mohd Khairul Zhafran Bin Abdul Wahid,sebaik2 kejayaan dari anak hamba Allah yang satu.Amin.

Pada pagi jumaat itu,penulis bersama keluarga telah pulang melawat sedara sebelah ayah di Segamat,Johor.Kami berada disana selama 4 hari 3 malam dan pada malam pertama disana.Mak Long telah menyambut hari jadi saya di KFC..hehe..Terima kasih Mak Long.Selain itu,hadiah istimewa dari Pak Ngah juga amat bermakna..moga2 kalian semua dimurahkan rezeki hendaknya.Amin.Sepanjang berada disana,sangat seronok dapat melayan karenah anak buah kesayangan,Julia Fatihah,1 tahun setengah...teletahnya mmg melucukan..hehe...Pada pagi isnin,penulis sekeluarga telah bertolak pulang semula ke putrajaya.Bermalam semalam di rumah dan pada pagi selasa,kami sekeluarga telah meneruskan perjalanan ke utara untuk menziarahi keluarga sebelah ibu pula di Alor Star,Kedah.

Ketika perjalanan itu,kami telah singgah di Bandar Lagenda,Sungai Petani yang juga mendapat jolokan sebagai Bandar HPA kerana disini terdapat pelbagai jenis kedai dan perniagaan HPA Group Companies yang amat membanggakan,antaranya 'Radix Oriental Cuisine','Radix Fried Chicken','Radix Original Recipie','El Zahraa Inn'.'Radix Bakery House','Toharrah HPA Dobi','Islamic Bookstore' dan lain-lain lagi.Tahniah HPA.We are proud of you.Kira-kira hampir maghrib barula kami tiba di kampung di Padang Hang,berhampiran Gunung Keriang.Kami berada disana selama 5 hari 4 malam dan menikmati hari2 yang tenang dan bermakna.Sempat juga sepanjang disana melawat sedara mara di merata tempat dan sggh makan di Restoran Radix Fried Chicken cawangan Alor Star..mmg best..huhu.Ibu dan Tok juga banyak menghidangkan masakan2 yang enak sehingga menjadi cukup berselera skali..heh..

Akhirnya,pada pagi sabtu..kami telah bertolak pulang ke Putrajaya..sempat juga penulis mendaftar diri sebagai ahli HPA di bawah seliaan mak cik sedara..heh....menyertai HPA juga akan dapat merealisasikan azam penulis untuk menjalani hidup yg lebih sihat dan mencuba mempelajari bidang perniagaan..moga2 Allah memberi petunjuknya dan murahkan rezekiku tahun ini..AMIN.Di perjalanan,sempat kami singgah di Bandaraya Geogetown,Penang untuk membeli barang..seronok juga menikmati keindahan pulau mutiara ini walaupun bandarnya agak sempit dan sesak.Selepas itu,kami singgah makan tengahari pula di sebuah Restoran Nasi Ayam di Bandaraya Ipoh atas jemputan seorang rakan penulis ketika belajar di Kelantan dahulu.Hope we will see again k...hehe....Pada lewat petang baru kami tiba di rumah dan penulis harus berehat dengan cukup kerana keesokannya akan ke Port Dickson pula untuk menghadiri perhimpunan Kepimpinan Keusahawanan Pelajar IPT ke-2 selama 4 hari 3 malam..hehe..nice journey...Wassalam.

'KUASA HIJRAH KUASA MERUBAH'

No comments:

Post a Comment