kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Wednesday, January 13, 2010

KEM X-PLORASI REMAJA ISLAM Al-Furqan

Kem Xplorasi Remaja Islam

Assalamualaikum...

Pada 4hb Disember hingga 6hb Disember 2009 telah dianjurkan satu program oleh Surau Al-Furqan Presint 11 Putrajaya untuk mengisi masa cuti sekolah anak2 kariah Presint 11.Program 'Kem Xplorasi Remaja Islam' ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Resort Taman Rimba Ria,Sungai Congkak,Hulu langat.Program ini disertai seramai 80 orang yang terdiri daripada Remaja lelaki dan perempuan berumur antara 8 hingga 16 tahun dengan bayaran sebanyak Rm 20 seorang.Urusetia terdiri daripada anak2 kariah yang dilantik dengan kerjsama penuh AJK Surau Al Furqan.

Penulis telah dilantik sebagai sebagai salah seorang urusetia yang bertanggungjawab ke atas peserta lelaki dimana penulis dikhendaki membantu menjaga kira-kira 45 orang peserta lelaki sepanjang kem ini berlangsung.Rombongan peserta bertolak dari surau selepas solat jumaat dengan dua biji bas dan perjalanan mengambil masa selama sejam setengah utk tiba dilokasi.
Para peserta ditempatkan di sebuah dorm yg luas dan urusetia di bilik2 khas yg lain.

Selain dari Program ini,terdapat dua lagi program yang turut diadakan di tapak resort yg sama iaitu ,'Program perkhemahan Tahfiz Al-Quran' dan 'Perkhemahan Program PROSTAR'.Program dimulakan dengan ceramah dari Al Ustaz jemputan khas yg memberikan ceramah motivasinya yang banyak menekankan soal kasih sayang dan cinta sesama insan.Selain itu,para peserta juga didedahkan dengan bengkel yang menyentuh soal ibadat dan fardhu ain seperti solat,puasa,zakat, dan lain-lain.

Para peserta juga digerak untuk mengadakan Qiyammulail dan mendengar kuliah subuh.Pada sebelah pagi,Rombongan peserta dibawa oleh seorang renjer bertauliah merentas hutan sejauh 17 km menuju ke Puncak Air Terjun,Satu perjalanan yg agak mencabar bagi bdk2 itu,namun,setiba di tempat air terjun,penat pun hilang dengan kepuasan menikmati alam ciptaan Allah s.w.t.Turun dari puncak tersebut,di pertengahan jalan,para peserta dibekalkan 6 ekor ayam untuk diajar teknik menyembelih dan kemudiannya memasak ayam tersebut menggunakan buluh di hutan.Sesuatu yang sangat menarik untuk dipelajari.Berhampiran tempat kami menyembelih itu terdapat juga kem askar komando yang sedang menjalankan latihan khas.


Penulis di Puncak Air Terjun

Masakan ayam tadi diserta dengan nasi telah dijadikan hidangan tengahari yang enak kepada para peserta yang kelaparan dan kepenatan.Kelihatan sungguh berselera sekali sehingga lauknya habis licin.Nikmat sungguh apabila dapat makan dalam keadaan yang sebegini.Syukur Ya Allah.Pada sebelah malam,pihak urusetia bertungkus lumus menyiapkan BBQ untuk dinikmati semua.Pada waktu ini,kebanyakan peserta hanya melakukan aktiviti sendiri dan menikmati suasana malam yg sejuk dan aman di Hutan Lipur ini.

Keesokan paginya,sebelum bertolak pulang,seorang penceramah jemputan yang buta telah membentangkan ceramah khasnya yang sungguh menginsafkan dan bermotivasi.Moga-moga para peserta benar-benar dapat mengambil manfaat darinya.AMIN.Sesi ditutup dengan penyampaian sijil oleh Tuan Pengerusi Surau Al-Furqan.Para peserta bertolak pulang selepas solat zohor dan tiba sebelum asar di Surau,Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yg telah berjaya mengadakan satu program yg cukup bermanfaat dan santai untuk para remaja.Penulis berharap agar para peserta benar-benar mendapat manfaat yang cukup bermakna dari program ini.

'REMAJA ISLAM PEMANGKIN UMMAH'
Bersukaria sebelum pulang

Bermandi manda di sungai congkak

Ceramah disampaikan penceramah khas

Peserta sedang khusyuk mendengar ceramah

Nikmati keindahan alam

Para peserta menghilangkan lelah
di puncak

Perjalanan yang agak mencabar

Solat sunat Dhuha di tengah hutan

Sujud

Solat di tengah alam yang indah

No comments:

Post a Comment