kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Saturday, January 30, 2010

SSM-UniKL Outreach Programme at UniKL City Campus



Assalamualaikum....

Suka dimaklumkan disini pada 27hb hingga 29hb January 2010 telah dianjurkan satu program oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur iaitu 'SSM OUTREACH PROGRAMMED' dan Majlis Perasmian tagline baru SSM iaitu'PERNIAGAAN ANDA BERMULA DI SSM'.Program ini diadakan di UnikL City Campus selama 3 hari.Terdapat banyak booth yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan dengan perniagaan seperti TEKUN,BANK RAKYAT,PNS,KPDNKK,dan sebagainya disamping terdapat pelbagai booth aneka jualan yang disertai oleh pelbagai wakil IPT berhampiran seperti UIA,UiTM,Usim,MSU,UniKL dan lain-lain.Program ini dirasmikan oleh CEO SSM sendiri bersama Chairman UniKL dan dihostkan oleh 2 personaliti TV3 iaitu Maria Tunku Sabri dan Azizah Ariffin.

Sepanjang program ini berlansung telah diadakan pelbagai pertandingan yang disertai oleh pelbagai IPT berhampiran termasuk UniKL sendiri.Penulis bersama teman2 telah mewakili uniKL kampus IPROM menyertai dua pertandingan iaitu 'Pertandingan Usahawan Niaga' dan 'Sketsa Perniagaan'.Terdapat lebih dari tujuh penyertaan bagi setiap pertandingan dan untuk pertandingan Usahawan Niaga,penulis bersama 5 anggota Shanz Global ENT dikhendaki menjual produk yg disediakan dan menjualnya sebanyak mungkin bermula dari 10 pagi hingga 4 ptg.Kami akhirnya berjaya mengutip hasil jualan tertinggi dengan jumlah jualan sebanyak Rm 1250 sekaligus muncul sebagai johan pertandingan.Syukran.Bagi sketsa perniagaan pula,penulis bersama 4 teman telah mempersembahkan sebuah sketsa komedi yang bertajuk 'Mad Sood dan SSM'.Sketsa perlu megikut tema yang di beri iaitu 'Perniagaaan anda bermula di SSM' dan kami telah mendapat respons yg baik dari pihak juri dan berjaya mendapat naib johan dengan markah sebanyak 294 mata.Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Penutup program ini dimana untuk Johan Usahawan Niaga kami mendapat Rm1000 diringi piala dan sijil dan untuk Naib Johan Sketsa Perniagaan kami mendapat Rm700 beserta piala dan sijil.Pada majlis ini,Menteri turut meluluskan geran berjumlah Rm 30,000 untuk KOSISWA UniKL.Tahniah.Majlis diakhiri dengan jamuan Makan Tengahari dan sesi bergambar.Berikut adalah keputusan penuh pertandingan yang berlansung sepanjang 3 hari ini :

Entrepreneurship Competition:
1. IPROM, UniKL City Campus
2. UniKL MSI
3. UniKL MIAT

Catur Bestari Competition:
1. UniKL City Campus 1
2. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)

‘Sketsa’ Competition:
1. MIIT, UniKL City Campus
2. IPROM, UniKL City Campus
3. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Most Creative Booth Competition:
1. UniKL
2. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
3. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya menarik lebih 6000 orang pengunjung yang ingin mendaftar dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan perniagaan,pendaftaran dan pinjaman.Penulis berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi selepas ini kerana ia amat bermanfaat untuk diadakan untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan baru mendapatkan maklumat bagi memajukan perniagaan mereka serta mendedahkan siswazah kepada bidang keusahawanan yang amat wajar dijadikan kerjaya pilihan.Sekian.Wassalam.

'PERNIAGAAN ANDA BERMULA DI SSM'


Penulis bersama piala yang dimenangi..

Wakil IPROM yang bersemangat..heh

Ahmad,Naye,Aisya,Hadi dan Penulis

Penulis bersama personaliti TV3..Azizah dan Maria

Sempat lagi bergambar..hehe

Tagline SSM di Majis Pelancaran

Datuk Ismail Sabri melancarkan Tagline SSM

Bergambar di hadapan UniKL City Campus

No comments:

Post a Comment