kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Monday, February 1, 2010

PASAR TANI SISWAZAH PERTAMA di MALAYSIA




Assalamualaikum...


Pada 31 January 2010 bersamaan dengan hari ahad dan bertempat di Taman Bullion Mewah,Gombak telah berlangsung satu Majlis Perasmian Pasar Tani Siswazah yang pertama di Malaysia anjuran FAMA dengan kerjsama DBKL dan uniKL.Majlis ini turut meraikan ulangtahun ke 25 penubuhan Pasar Tani (JUBLI PERAK).Majlis dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar yang turut membuat lawatan kerjanya pada hari itu.Pasar Tani ini disertai oleh siswazah dari pelbagai IPT berhampiran seperti UIA,UniKL,Uitm dan juga orang2 lama pasar tani yg membuka cawangannya disini.Pelbagai produk samada kering atau basah telah dijual disini dan penulis turut mengambil satu lot untuk menjual produk makanan dan minuman.

Penulis bersama rakan sebilik,Nazri dan Ahmad telah menjual Nasi Lemak dan Laksa Johor dan perniagaan yang bermula 7.30 pagi berakhir pada 12.00 tgh hari.Jualan nasi lemak penulis sebanyak 74 bungkus habis pada jam 9.30 pagi dan laksa johor sebanyak 20 bungkus pada 10.30 pagi.Syukran.Selepas tu,penulis menjual produk2 tambahan seperti susu kambing,smart koko,kopi susu kambing dan aksesori komputer yang turut mendapat sambutan hebat.Terima kasih kepada kawan2 dan juga keluarga yang banyak membantu...hehe.Gerai hadi yang menjual air soya turut berjalan lancar.Penulis juga terpilih antara 10 org wakil siswa yang diminta untuk mendapat uniform dari menteri.Hasil jualan pada hari pertama telah mencecah Rm 500 ringgit dan setelah ditolak kos,maka setiap dari kami mendapat Rm 70 ringgit.Alhamdulillah.Penulis berharap agar perniagaan ini akan terus berkembang baik pada masa akan datang.Insyallah.Wassalam.

'PASAR TANI PASAR PILHAN'

Penulis di tapak Pasar Tani

YB Menteri sedang melawat tapak

Tapak Jualan Penulis

Aneka produk makanan dan minuman yang di jual

2 comments:

  1. cayalahhh... wei aku kenal tu org yg duk dlm gmbar tu... yg pkai apron tu.. org ganu tu.. hahaha.. naye ore smart!!

    beg pitih krol duk kelek pinggang tu bnyok duit tu... molek2 keno ropok ko ore kang.. ahahha..

    ReplyDelete
  2. salamunalaik..
    tut..tut...tumpang lalu...dimana ya pasar tani ni????di kl je ke ade???kirenye,tiap ari ahad je le ye??

    ReplyDelete