kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Saturday, March 6, 2010

'SEMINAR STORMSREADERS2U by IRFAN KHAIRI'


500 Audiens yang telah hadir

Assalamualaikum...

Pada 27hb Februari yang lalu iaitu hari sabtu,penulis bersama bersama dua orang teman iaitu Nazri dan Ahmad telah menghadiri satu seminar 'Menjana pendapatan di rumah menggunakan internet' yang disampaikan oleh jutawan internet terkenal iaitu Dr Irfan Khairi di Vistana Hotel,Kuala Lumpur.Program ini bermula pada jam 2.00 pm hingga 6.00 pm dan ditaja oleh 'StormsReaders2U' network.Program ini dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai StormReaders2U Network yang merupakan MLM berasaskan prinsip syariah yang pertama di Malaysia oleh Ustaz Zaharuddin dan diikuti oleh pimpinannya.StormReaders merupakan MLM yang memasarkan buku-buku keluaran syarikat Telaga Biru Sdn Bhd iaitu buku2 yang berasaskan motivasi dan agama yang dikarang oleh tokoh2 terkenal seperti Dr Fadzillah Kamsah,Dato'Siti Bahyah,Dato' Ismail Kamus,dan ramai lagi.

Program diteruskan dengan ceramah dari Dr Irfan Khairi yang berkongsi pelbagai tips berguna untuk memulakan perniagaan serta pelbagai fakta yang berbentuk 'experience' yang amat berguna untuk didedahkan kepada kami yang baru hendak memasuki dunia perniagaan.Irfan telah mendedahkan langkah2 yang perlu dituruti untuk sesapa yang ingin menceburi bidang perniagaan terutamanya perniagaan yang berasakan internet.Beliau telah menerangkan bagaimana perniagaan juga boleh dijalankan dirumah sahaja.Penyampaian beliau yang bersahaja dan santai memudahkan kami untuk memahaminya.Irfan lebih memfokuskan penggunaan internet sebagai mekanisme perniagaan kerana itulah yang beliau mahir dan aplikasikan dan dengan itu beliau berjaya menjadi jutawan ketika berusia 24 tahun.

Di akhir program,beliau turut memperkenalkan sistem sokongan yang direkanya yang dapat membantu sesiapa yang menyertai StormReaders.Sistem sokongan ini menggunakan internet sebagai medan pasarannya dan ia dilihat sebagai satu alternatif yang dapat membantu ahli StormReaders untuk bergerak aktif.Penulis bersama teman belum lagi menyertai StormReaders dan berhasrat untuk menyertainya kerana ia dilihat seperti satu peluang perniagaan yang bagus dan sedang berkembang.Bayaran sebanyak Rm 90 dikenakan sebagai yuran pendaftaran seumur hidup dan untuk melanggan program sokongan alternatif yang disyor Irfan hanya perlu membayar sebanyak Rm 120 setahun.Penulis melihat ia satu peluang yang baik namun menangguhkan dulu hasrat itu untuk menyelesaikan masalah kewangan dulu.Program kemudiannya tamat sebelum pukul 6 dan penulis berharap agar program ini benar2 dapat dimanfaatkan oleh kira2 500 audiens yang telah hadir.Sekian.Wassalam.

'PERNIAGAAN HARUSLAH BERLANDASKAN SYARIAH & KREATIF'


Para Peserta sedang mendaftar

Dr Irfan sedang menyampaikan seminarnya

Dr Irfan bersama bos besar StormReaders

DOKTOR,ISLAM & LOGIK



"Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati secara ringkas:- 1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. 2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Bismillah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Bismillah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Bismillah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Ini adalah artikel yang telah diambil daripada beberapa buah buku yang berkaitan dengannya."