kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Saturday, March 6, 2010

'SEMINAR STORMSREADERS2U by IRFAN KHAIRI'


500 Audiens yang telah hadir

Assalamualaikum...

Pada 27hb Februari yang lalu iaitu hari sabtu,penulis bersama bersama dua orang teman iaitu Nazri dan Ahmad telah menghadiri satu seminar 'Menjana pendapatan di rumah menggunakan internet' yang disampaikan oleh jutawan internet terkenal iaitu Dr Irfan Khairi di Vistana Hotel,Kuala Lumpur.Program ini bermula pada jam 2.00 pm hingga 6.00 pm dan ditaja oleh 'StormsReaders2U' network.Program ini dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai StormReaders2U Network yang merupakan MLM berasaskan prinsip syariah yang pertama di Malaysia oleh Ustaz Zaharuddin dan diikuti oleh pimpinannya.StormReaders merupakan MLM yang memasarkan buku-buku keluaran syarikat Telaga Biru Sdn Bhd iaitu buku2 yang berasaskan motivasi dan agama yang dikarang oleh tokoh2 terkenal seperti Dr Fadzillah Kamsah,Dato'Siti Bahyah,Dato' Ismail Kamus,dan ramai lagi.

Program diteruskan dengan ceramah dari Dr Irfan Khairi yang berkongsi pelbagai tips berguna untuk memulakan perniagaan serta pelbagai fakta yang berbentuk 'experience' yang amat berguna untuk didedahkan kepada kami yang baru hendak memasuki dunia perniagaan.Irfan telah mendedahkan langkah2 yang perlu dituruti untuk sesapa yang ingin menceburi bidang perniagaan terutamanya perniagaan yang berasakan internet.Beliau telah menerangkan bagaimana perniagaan juga boleh dijalankan dirumah sahaja.Penyampaian beliau yang bersahaja dan santai memudahkan kami untuk memahaminya.Irfan lebih memfokuskan penggunaan internet sebagai mekanisme perniagaan kerana itulah yang beliau mahir dan aplikasikan dan dengan itu beliau berjaya menjadi jutawan ketika berusia 24 tahun.

Di akhir program,beliau turut memperkenalkan sistem sokongan yang direkanya yang dapat membantu sesiapa yang menyertai StormReaders.Sistem sokongan ini menggunakan internet sebagai medan pasarannya dan ia dilihat sebagai satu alternatif yang dapat membantu ahli StormReaders untuk bergerak aktif.Penulis bersama teman belum lagi menyertai StormReaders dan berhasrat untuk menyertainya kerana ia dilihat seperti satu peluang perniagaan yang bagus dan sedang berkembang.Bayaran sebanyak Rm 90 dikenakan sebagai yuran pendaftaran seumur hidup dan untuk melanggan program sokongan alternatif yang disyor Irfan hanya perlu membayar sebanyak Rm 120 setahun.Penulis melihat ia satu peluang yang baik namun menangguhkan dulu hasrat itu untuk menyelesaikan masalah kewangan dulu.Program kemudiannya tamat sebelum pukul 6 dan penulis berharap agar program ini benar2 dapat dimanfaatkan oleh kira2 500 audiens yang telah hadir.Sekian.Wassalam.

'PERNIAGAAN HARUSLAH BERLANDASKAN SYARIAH & KREATIF'


Para Peserta sedang mendaftar

Dr Irfan sedang menyampaikan seminarnya

Dr Irfan bersama bos besar StormReaders

3 comments:

  1. aq masih blom lagi berpeluang menyertai perkongsian ilmu perniagaan internet macam ni... huhh.. aq pon tringin jugak doh... gud luck krol smuge mu nok buat bisnes tenet mengapai kejayaan.. chewah.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. ade program untuk smue pelajar perubatan,berminat??anjuran PAPISMA, click link ini, http://nice-papisma.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. ni ko pergi ke keroll..
    ak xpenah ag..best ke..?
    ak dah jumpa adly n ammar dah le..huhu

    ReplyDelete