kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Wednesday, January 13, 2010

KEM USAHAWAN BESTARI ke-2 Universiti Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Pada 16bh hingga 23hb November 2009 yg lalu,ak telah mengikuti satu program selama 8 hari iaitu 'KEM USAHAWAN BESTARI' atau lebih dikenali sebagai Kem U Best.Program ini telah diadakan di City Campus UnikL di Jalan Sultan Ismail,KL.Seramai 250 orang peserta dari 10 kampus Unikl telah menyertai kem ini yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Kuala Lumpur.Ak bersama 5 org teman yg lain merupakan wakil bagi kampus IPROM,kami menubuhkan groupwork yg akhirnya didaftarkan sebagai SHANZ GLOBAL ENTERPRISE.

Sepanjang program ini berlansung,para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yg bertujuan untuk membudayakan semangat keusahawanan dan membina kreativiti samada secara teori mahupun praktikal.Pelbagai penceramah dari bermacam latarbelakang dijemput utk berkongsi pengalaman dan ilmu.Turut diadakan pelbagai bengkel untuk diterjemahkan secara teori apa itu konsep usahawan dan dunia perniagaan yang sebenar.Para peserta juga diminta berniaga selama 3 hari mengikut kumpulan masing2 menggunakan pelbagai produk yg diberikan sebagai modal.

Kehadiran Tokoh terkenal,Tan Sri Ali Hashim yang merupakan Pengerusi Johor Corporation amat bermakna apabila beliau sendiri menyampaikan ceramah bertajuk 'Bisnes Jihad'.Program ini juga turut mengadakan slot yg mengemukakan pelbagai jenis peluang perniagaan yang dapat dijalankan atau dimulakan oleh siswa dan siswi.Program dan aktiviti kem ini amat bermakna dan sekalung tahniah diucapkan kepada pihak yang menganjurkannya.Tahniah juga kepada Groupwork saya iaitu 'SHANZ GLOBAL',kerna berjaya mendapat dua anugerah iaitu 'Hasil Keuntungan Tertinggi' dan 'CEO terbaik'.Wassalam

'KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN'


Gambar ak dan Nazri bersama dgn Tan Sri Ali Hashim,Chairman Of JCorp


SHANZ LAMP PRODUCT

Me,Myself & I

Discussion by Teamwork

Hady dengan maskot kitorang..huhu

Booth kitorang kat Downtown Danau Kota

Shanz Global Teamwork

Shanz Profile & Logo

No comments:

Post a Comment