kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Thursday, January 14, 2010

PERHIMPUNAN PEMIMPIN KEUSAHAWANAN PELAJAR IPT KE-2

Perhimpunan Perhimpunan Keusahawanan Pelajar

Assalamualaikum......

Pada 27hb disember hingga 30 disember 2009 telah berlangsung satu perhimpunan yang menghimpunkan pemimpin2 keusahawanan pelajar dari seluruh IPT di Malaysia.Program ini merupakan yang kali ke-2 diadakan dan disertai oleh 21 IPT seluruh Malaysia.Ia dianjurkan oleh Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (M@KMUM) dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan Universiti Kuala Lumpur sebagai Host/Tuan Rumah.Seramai hampir 300 ratus wakil pelajar telah hadir pada program yang diadakan di Tiara Beach Resort,Port Dickson ini.Penulis bersama wakil2 Universiti Kuala Lumpur seramai 25 orang dari pelbagai kampus.Kebanyakan mereka merupakan peserta yang menyertai Kem U best sebelum ni.

Penulis bertolak ke Port Dickson bersama rakan sekumpulan SHANZ GLOBAL pada pagi ahad dengan kenderaan Hadi dan tiba di PD dalam kul 2 ptg.Selepas check in bilik dimana setiap bilik ditempatkan seramai 6 orang,kami memulakan pelbagai program yang kebanyakannya diadakan di Tiara ballroom.Sebagai Host,kami dikhendaki membuat persembahan pada malam makan malam perasmian oleh Dato' Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.Kami telah membuat persembahan koir sebanyak tiga lagu pada malam itu.Pada majlis makan malam itu juga telah diadakan sesi soal jawab dengan mahasiswa dengan Timb.menteri yang berkaitan dengan keusahawanan pelajar.

Penulis bersantai sementera tunggu check in

On the road To PD

SHANZ GLOBAL bersama Dato' Saifuddin

Berbincang mengenai persembahan

Program ini juga mengadakan pelbagai bengkel yang menjemput pelbagai usahawan dari pelbagai latarbelakang untuk memberi pendedahan kepada pelajar.Kehadiran tokoh-tokoh usahawan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu juga amat bermakna dan menarik.Perhimpunan ini turut mengadakan bengkel untuk membentuk resolusi2 yang dibentang oleh setiap Universiti untuk dihantar kepada Menteri Pengajian Tinggi bagi menyokong kemajuan pembangunan keusahawanan di kalangan pelajar di kampus.
Program bengkel turut membawa pelajar melontarkan idea-idea kreatif mereka untuk menjadikan perniagaan yang diceburi kelihatan lebih menarik dan berhasil.

Program ini turut menempatkan ruang2 niaga di kawasan resort untuk pelajar memperkenalkan perniagaan mereka selain dari masing2 berusaha menambahkan jaringan perniagaan yang mampu membawa kerjasama yang baik.Pihak penulis juga berkesempatan mengambil contact no bagi membina dan mengenali jaringan sesama mahasiswa.Kebanyakan pelajar disini sudah memiliki perniagaan masing2 dan ada antara mereka yang mampu mendapat pendapatan mencecah 5 angka.Sesuatu yang amat menarik untuk dikongsikan bersama.Program ini berakhir pada ptg khamis dengan jamuan makan disediakan oleh pihak Rasamas dan KFC yang juga bertindak sebagai penaja program ini.Tahniah kepada pihak penganjur dan OC Unikl yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan program ini yang sememangnya menarik dan bermanfaat.Kite jumpa lagi di Perhimpunan yang ke-3 nanti...Insyallah.Sebelum pulang,penulis dengan beberapa rakan telah sempat singgah di tepi pantai Port Dickson untuk membeli sedikit cenderamata dan menikmati suasana matahari terbenam.Wassalam.

'KEUSAHAWANAN MENJANA EKONOMI UMMAH'

Menanti saat bengkel bermula

Sesi soal Jawab dengan Timb.Menteri

Bersama pelajar dari Universiti Malaya

Bersama Pelajar dari UTM

Bersama Pelajar dari Universiti Darul Iman

No comments:

Post a Comment