kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Wednesday, January 27, 2010

Taklimat Pasar Tani Siswazah (FAMA)





Assalamualaikum...

Pada 23hb January 2010 bersamaan dengan hari sabtu aritu telah berlansung satu taklimat khas oleh pihak FAMA untuk peserta Pasar Tani Siswazah yang akan dilancarkan pada ahad depan,31hb January.Penulis sebagai salah seorang peserta telah menghadiri kursus berkenaan yang diadakan di Level 29,UnikL city campus pada jam 9.00 pagi.Seramai kira-kira 50 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada para mahasiswa IPT terdekat seperti UIA,UiTM,UTM dan pelajar uniKL sendiri.Penulis bersama Hadi telah mewakili kampus IPROM.Taklimat dimulakan oleh pegawai khas Fama yang menerangkan pelbagai info berkaitan dengan pasar tani siswazah tersebut.Ia diteruskan dengan taklimat khas dari Pegawai Pentadbiran DBKL yang menerangkan berkaitan undang2 khas untuk penjaja kecil bagi Wilayah Persekutuan KL.

Taklimat turut disampaikan oleh Ketua Pegawai Naziran Pasar Tani yang menerangkan mengenai hal ehwal disiplin dan sistem merit bagi peniaga pasar tani.Taklimat akhir menerangkan mengenai tatacara,kelengkapan dan pakaian yang perlu dipakai peserta.Akhir sekali,penyerahan dan tempahan pakaian serta kelengkapan dilakukan oleh pegawai terbabit dan para peserta dijamu dengan makan tengahari yang disediakan oleh pihak bankuet.
Venue acara Majlis Pelancaran Pasar Tani Siswazah yang pertama adalah seperti berikut:

Tempat : Taman Bullion,Sentul
Tarikh : 31hb January 2010 (perniagaan pada setiap hari ahad)
Time : 0800 am hingga 1200 pm

Majlis akan dirasmikan oleh Menteri Industri Asas tani iaitu Dato' Noh Omar.Wassalam.

'PERTANIAN ITU PERNIAGAAN'

No comments:

Post a Comment