kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Wednesday, December 8, 2010

1 Muharram 1432 Hijrah...




Assalamualaikum..salam maal hijrah 1432 Hijrah..

Sudah agak lama penulis tidak menulis di sini..sejak peristiwa kehilangan hp tempoh hari..penulis keberbatasan waktu untuk menulis di sini..pelbagai tugasan dan peristiwa terpaksa penulis utamakan..termasuk pelbagai tugasan tuntutan pelajaran yg perlu segera disiapkan sebelum 'final exam' dan juga sibuk menghadapi 7 'paper' utk peperiksaan akhir tersebut sekitar awal bulan november lalu..namun..setelah tamat 'final exam' pada 15hb november..terasa lega yang amat sangat..dan tiba sudah masanya untuk penulis merehatkan diri dan minda sepanjang 2 bulan cuti semester ni.Awal cuti semester di mulakan dengan meraikan sambutan Hari raya Aidil Adha di kediaman penulis di putrajaya..tahun ini amat bermakna sekali apabila sedara mara yg ramai dari segamat,Johor datang berkumpul dan beraya sekali di kediaman penulis sekeluarga..sggh seronok dan meriah sekali..teman2 penulis juga ramai yg datang bertandang beraya dan ini menjadikan ia lebih bermakna..syukran ya Allah..

Selesai Hari raya..penulis tidak berehat lama..penulis mendapat peluang untuk bekerja di MPH Bookstore,Alamanda sebagai Customer Service Assistant...ini kerana pihak MPH memerlukan ramai staff tambahan untuk pesta bookfair yang bakal dianjurkan mereka bermula 25 Nov. hingga 17 Dec. di concourse area,Alamanda.Dengan Bayaran Rm4.50 sejam..penulis bekerja di situ mengikut shift yang ditetapkan bermula sejak 23 Nov. lagi di kedai buku milik konglomerat terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ini dan bakal berakhir pada 17 Dec. ..namun jika ada rezeki..penulis mungkin terus sambung bekerja di outlet tersebut sehingga hujung bulan 12 ni.Target penulis hanya satu,penulis ingin mengumpul sebanyak mana duit yang bole untuk meransang semula ekonomi penulis yang suram dan juga untuk melunaskan semua hutang penulis yang disebabkan oleh kegagalan pelbagai perniagaan yang penulis jalankan dulu..peluang ini amat penulis hargai..Syukran Ya Allah..


Sepenjang bekerja di MPH..penulis menimba pelbagai pengalaman berharga dan berusaha membentuk disiplin yang lebih baik..penulis juga senang sekali dengan staff di sini termasuk boss nya yang peramah dan baik2 belaka...penulis juga berpeluang berjumpa dengan pelbagai org termasuk dengan teman2 lama yang berkunjung di bookfair ini.Cuti semester ni nampaknya penulis habiskan untuk mendapatkan duit tambahan dan terpaksa menolak menyertai pelbagai program keusahawanan anjuran Universiti seperti sebelum ini.Program seperti KAKS, Jom Bisnes dan Pertandingan Perniagaan anjuran Universiti terpaksa penulis batalkan penyertaannya untuk kerja ini..namun begitu,penulis tetap menetapkan matlamat tertentu untuk penulis laksanakan sepanjang cuti semester ini...antara matlamat itu ialah :

1) Meningkatkan tahap Software Skill..
2) Meningkatkan tahap Presentation Skill..
3) Membuat research dan literature review berkaitan tajuk Final Year Project tahun depan..
4) Meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris..
5) Mengaktifkan pelbagai aktiviti Kerol Islam agar usaha dakwah menjadi lebih realistik..
6) Mengintai pelbagai peluang dan membina startegi untuk memulakan perniagaan..
7) Muhassabah diri dan membina jiwa yang semakin ketandusan ini..Insyallah..

Sempena Maal Hijrah ini,penulis benar2 berharap agar usaha penulis akan menjadi lebih baik dan istiqamah..dugaan dan cabaran itu mmg pelbagai dan berat..namun penulis harus kuat untuk menghadapinya..semoga Allah memberkati penulis..Insyallah..

'HIJRAH ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN'

No comments:

Post a Comment