kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Monday, December 20, 2010

18 DECEMBER 2010


Penulis memotong kek batik

Assalamualaikum..

Hari lahir merupakan hari yang paling istimewa buat setiap umat manusia.Setiap manusia miliki tarikh lahir yg tersendiri dan sentiasa berharap agar ia dapat diraikan bersama-sama yg tersayang.Ia lebih bermakna jika pada tarikh tersebut diraikan secara mengejut atau disebut sebagai 'suprise party' or 'suprise gift' dari teman2 dan ahli keluarga yg dicintai.Begitu juga penulis,18 December setiap tahun merupakan hari lahir penulis dan sepertimana yg lain berharap juga ia dapat diraikan bersama yg tersayang.Namun begitu,hari lahir ini pada penulis adalah masa utk penulis lihat siapakah yg benar2 mengingati penulis dan menyayangi penulis secara ikhlasnya.Tepat jam 12 malam,mula masuk pelbagai mesej dari teman-teman yg bnr2 mengingati penulis..sehingga esknya ada lebih kurang 10 mesej yg dihantar teman-teman yg benar-benar mengingati penulis.Penulis sudah agak org2 inilah yg bnr2 ikhlas mengingati penulis dan ia amat buat penulis yakin dan pasti akan keikhlasan mereka.Juga tidak lupa pada hampir 100 wishes dari teman2 melalui facebook. SELAMAT HARI LAHIR yg ke-24 KeRoL!!

Malam itu merupakan malam terakhir penulis bertugas bersama teman2 di MPH Bookfair Alamanda dan ia merupakan malam yg cukup memenatkan kerana kami semua terpaksa bertugas lebih masa untuk mengemas semua buku yg ada di situ.Pada hari itu, penulis bekerja dari pukul 12 tgh hari hingga 8 pagi keesokkan harinya.Walaupun memenatkan namun ia tetap satu pengalaman yg amat menyeronokkan.Setelah 23 hari bertugas di situ,inilah malam terakhir kami bersama,selepas ni,semua akan membawa haluan masing2 dan juga kembali ke kampus masing2.Pada malam itu juga makanan yg disediakan dibekalkan oleh ibu penulis iaitu Nasi goreng bersama ayam goreng dan telur mata,sangat menyelerakan.Sekitar jam 4 pagi,hampir 90% sudah siap dikemaskan,bookfair yang sesak sudah semakin kosong.Kebanyakan staff sedang berehat termasuk penulis.Tiba-tiba terdengar suara-suara yg menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' dan bila penulis menoleh ke belakang terkejut apabila melihat rakan-rakan membawa kek coklat batik berserta lilin.AMAT MENGUJAKAN.Terharu sungguh kerna penulis dah lama tak diraikan mcm ni, kali terakhir ialah ketika bertugas di pizza hut dan masa itu penulis berusia 17 tahun dan seronok diraikan oleh staff pizza hut bukit bintang.Dan kali ini diraikan pula di Alamanda oleh staff MPH pulak...sangat terharu sehingga terdiam dan kelihatan kekok bila penulis meniup lilin dan memotong kek..hehehe..penulis diberitahu yg kek itu dibuat sendiri oleh seorang staff perempuan yg bernama Dila yg sememangnya pakar dlm bidang tu.THANKS DILA,sedap sggh kek tu..heeh..TERIMA KASIH TEMAN2...pasti penulis akan kenang sampai bila2 saat ini.

Malam itu kami jadikan Alamanda tu macam kami yg punya..hehe..nk jerit ker..nk main2..sume pn ok.Sekitar jam 6 pagi,semua sudah selesai..sebelum bersurai kami sempat bergurau senda sambil diberikan duit elaun keje malam sebanyak Rm 15 kepada setiap staff.Kami bermaafan dan sempat penulis mengimamkan solat subuh secara berjemaah bersama teman2 di surau Alamanda sebelum masing2 pulang ke rumah.Selepas tu,penulis terus pulang ke rumah sambil menghirup udara pagi yg segar dan nyaman.Sungguhpun terasa sedikit sedih dan terharu,kenangan sepanjang bertugas di bookfair ini pasti takkan dilupakan.Insyallah,ada rezeki pasti akan bertemu lagi.Segala pengalaman yg diperolehi pasti akan penulis manfaatkan sebaiknya.Sampai di rumah terus membersih diri dan sebelum tidur merehatkan diri sempat juga penulis melihat result utk semester lps yg sudah keluar.ALHAMDULILLAH..sungguhpun ada sedikit penurunan,keputusan penulis masih diparas baik dan cemerlang.Selesai sujud syukur,penulis berazam untuk usahakan yg lebih baik untuk semester depan.Insyallah.

Sekitar pukul 3 ptg, penulis terjaga dan terus mandi dan solat.Selepas tu baru penulis mendapat ucapan hari lahir oleh keluarga.Pada petang tu juga rakan2 penulis dari gombak juga datang meraikan penulis,terima kasih Keirol,Aliff dan Zul kerna sudi datang jauh utk meraikan penulis.Malam tu penulis tidak ke mana-mana dan hanya online di rumah dan mula bermuhassabah diri.Insyallah.Penulis berazam untuk terus berusaha menjadi insan yg lebih baik dan bertakwa.Banyak perkara yg harus penulis fokus dan perbaiki untuk mencapai impian penulis di masa akan datang.Semoga usia 24 ini menjadikan penulis lebih matang mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.YA ALLAH, Rahmati dan Berkatilah HambaMu ini...Wassalam.

'SELAMAT HARI LAHIR YG KE-24 KeRoL'


Penulis bersama Ustaz Hasrizal@Saifulislam.com

Penulis di Bookfair

MPH Bookfair ALAMANDA

Kek Hari Lahir Penulis

1 comment: