kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Monday, February 7, 2011

Program Pengajian 'Ala Pondok' di Masjid Al Azim


Masjid Al-Azim Pandan Indah

Assalamualaikum...

Pada 23 january yang lalu bersamaan dengan hari ahad, penulis bersama seorang teman yg bernama Bukhari telah menghadiri satu kelas pengajian ala pondok di Masjid Al Azim.Program ini adalah julung kali diadakan di Lembah Klang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat dengan lebih 100 orang menyertainya.Pengajian ini akan diadakan pada setiap hari ahad minggu keempat setiap bulan dan ia diadakan secara percuma ditanggung sepenuhnya oleh pihak masjid.Pengajian ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir tepat jam 1.00 petang.Pada hari pertama,Nazir telah merasmikan kelas pengajian dan amat mengalu-alukan kehadiran peserta yang ramai dan di luar jangkaan pihaknya.

Kelas pengajian disampaikan oleh seorang Tuan Guru dari pondok di Hulu Langat iaitu Tuan Guru Haji Asri.Pengajian dimulakan dengan sedikit pengenalan mengenai latarbelakang beliau,tatatertib majlis ilmu dan kaedah pengajian di pondok.Beliau juga memberi penerangan panjang lebar mengenai pelbagai kitab utama yang diajar di pondok.Beliau juga memutuskan untuk memberi syarahan berpandukan kepada dua kitab dimana kelas pengajian ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi dan sesi kedua pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang.Dua kitab itu ialah :

1) Kitab Syarahan Al-Hikam
2) Apa ertinya saya menganut islam

'Apa ertinya saya menganut islam'

'Kitab Syarah Al-Hikam'

Pengajian di mulakan dengan pelbagai tafsiran yang diulas secara penjang lebar oleh Tuan Guru berpandukan 2 kitab tersebut.Penulis bersama teman mendengar dengan penuh minat dan menulis segala apa yang diajarkan oleh Tuan Guru.Ini merupakan antara pengalaman awal penulis berguru secara rasmi untuk lebih mendalami pengajian islam.Selama ini pun penulis lebih banyak mmebaca sahaja tanpa ada guru yang dapat dijadikan tempat rujukan.Kesempatan ini telah penulis manfaatkan sebaiknya.Sesungguhnya usaha pihak masjid ini wajar dipuji dan disokong,Tahniah.Semoga ini menjadi titik mula buat generasi muda seperti penulis menimba ilmu dengan lebih baik dan bermanfaat.Kelas pengajian tamat sebelum azan zohor dan penulis pulang selepas menunaikan solat zohor secara berjemaah.Wassalam.

'GENERASI MUDA PEMANGKIN UMMAH '





No comments:

Post a Comment