kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Saturday, February 19, 2011

Seminar Kenali Potensi Diri 2011



Assalamualaikum..

Pada 30 January 2011 yang lalu bersamaan dengan hari ahad, penulis telah menghadiri satu seminar kenali potensi diri yang dianjurkan oleh Pakar Marketing terkenal iaitu Dr.Azizan Osman di Dewan San choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur.Penulis hadir bersama dua orang teman serumah iaitu Ahmad dan Nazri.Pendaftaran bermula jam 8 pagi dan seminar bermula tepat jam 9 pagi.Ribuan peserta telah hadir memenuhi segenap ruang dewan 2 tingkat tersebut termasuk ahli perniagaan terkenal,selebriti,professor,penulis buku,pelajar dan sebagainya.Seminar yang disampaikan oleh Dr. Azizan amat bernas dan membina semangat peserta yang hadir dengan pelbagai gaya yang mencuit hati dan penuh makna yang mendalam.Seminar ini turut dimeriahkan dengan penampilan beberapa personaliti terkenal yang turut berkongsi pentas seperti Billi Lim (penulis buku terkenal-Dare to Fail), Pak Habib (penulis pelbagai buku politik terkenal) dan Sharifah Shahira (pelakon,pengacara terkenal).

Pada seminar ini juga, Dr Azizan turut berkongsi ilmu baru kepada para pesertanya.Salah satunya ialah berkaitan dengan 'Dimensi Baru' dan peluang-peluang yang ada untuk para peserta menceburi bidang perniagaan.Beliau juga mendedahkan secara asas mengenai teknik mengenali potensi diri agar bidang yang ingin diceburi sesuai dengan potensi yang ada supaya peserta yang hadir mampu menjadi personaliti yang kaya dan berjaya.Seminar berhenti rehat tepat jam 12.30 tgh hari dan bersambung semula pada jam 2.00 petang.Sebelum seminar tamat, kesemua peserta telah ditawarkan untuk menyertai program mentor 'IMKK' bersama Dr. Azizan selama 3 hari 2 malam di KLCC Convention Center dengan harga serendah Rm 499.00.Penulis telah mengambil keputusan untuk menyertai seminar tersebut dengan menilai manfaatnya untuk masa hadapan penulis dalam bidang perniagaan ini di tambah pula dengan nilai yurannya yang rendah dan berpatutan untuk dibandingkan dengan ilmu yang bakal dipelajari.Penulis akan menyertainya pada 18,19 dan 20 March ini.Semoga ini akan memberi sinar harapan baru penulis untuk mencapai impian yang amat diharapkan.Insyallah.Seminar ini tamat tepat jam 6 petang dan penulis terus segera pulang untuk ke program seterusnya.Wassalam.

'PASTI KAYA dan BERJAYA'

No comments:

Post a Comment