kerol_islam

Menyelusuri Liku-Liku Kehidupan Seorang hamba Allah Yang Perlukan Kasih SayangNya

Saturday, February 19, 2011

Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum

Pada 29 dan 30 Januari yang lalu, tokoh pendakwah terkenal yang amat digemari penulis dari Terengganu telah hadir memberi ceramahnya di dua buah masjid sekitar Lembah Klang iaitu di Masjid Al-Ridhuan di Ulu Klang dan Masjid Al-Azim di Pandan Indah.Penulis telah mengambil kesempatan ini dengan menghadiri kedua-dua ceramah beliau memandangkan ia merupakan kali pertama penulis menghadiri ceramah 'live' dari beliau dimana sebelum ini hanya mendengar dari VCD dan CD sahaja.Ustaz Azhar merupakan seorang tokoh agama yang amat dekat di hati anak-anak muda.Pendekatan beliau dalam ceramahnya amat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda yang dahagakan ilmu agama.Ustaz Azhar mampu menjawab pelbagai soalan berkaitan hukum hakam dan permasalahan terkini yang diutarakan oleh jemaah yang hadir dengan merujuk nas Al-Quran dan hadis yang sahih.Beliau juga merupakan jurufoto professional.

Ceramah beliau bermula selepas maghrib dengan di hadiri oleh ribuan jemaah yang memenuhi ruang masjid seperti penuhnya solat jumaat.Ceramah beliau berakhir kira-kira 2 jam setengah selepas itu dan beliau memperuntukkan masa yang agak lama untuk menjawab pelbagai soalan yang diajukan namun tetap tidak dapat manghabiskan kesemua soalan itu.Di perkarangan masjid meriah dengan pelbagai jenis barangan jualan yang turut di jual untuk tarikan jemaah yang hadir.Selesai ceramah di Masjid Al Azim, penulis bersama teman berkesempatan bersalam dan bergambar dengan beliau dan itu sudah cukup buat penulis berasa puas dan gembira.Di akhir ceramah, penulis diberitahu yang ustaz Azhar akan akan hadir ke Lembah Klang ini setiap 2 bulan sekali ke masjid yang sama dan juga menggunakan kitab pengajian yang sama iaitu 'Anak Kunci Syurga'.Penulis berharap akan dapat berpeluang untuk bersemuka dengan beliau satu hari nanti untuk berbincang mengenai pelbagai isu semasa yang melibatkan hal ehwal agama islam.Insyallah.Wasslalam.

'ULAMA' ITU PERWARIS NABI & RASUL'

Ustaz Azhar bersama penulis

Antara ribuan jemaah yang hadir

No comments:

Post a Comment